Life long sharing . . .

Perbezaan dan Persamaan antara Pantun, Sajak, Syair, Gurindam, dan Seloka

Posted on: October 6, 2015

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung (ending rhyme) bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

pantun

Bagi Syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

syair

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu “Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih”/ Rima akhir pula a-a.

gurindam

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

———————————————————————————————————-

Click here to download the pdf: Perbezaan dan Persamaan antara Pantun.pdf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

October 2015
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 180 other followers

%d bloggers like this: